hey girls !come n follows ma blog yang ta brapew shatek nih,dicini shayep akan share anything okie:)harap ta borink larr k

Saturday, December 12, 2009

NEY NOVEL TERBARU AKU:)

stelah sekian lma ta mnegumpul novel,.
akhirnya ari ney aku da dibenarkan mngumpol nvel alek
furhh!beznyeeeew!!
so,tdik aku dh g jalan² ngan hubby aku
then,t'srempak larr popular
tggu ag!
aku pown serbu larr msok
hehe;D
so,plih punya plih
ney larr novel yg tlah memikat n menarik aty aku
[wah!cm jmpa pkwe plak ann]hehe


novel ney shakap :
Cinta bukan sekadar ungkapan kata-kata. Tetapi cinta adalah kejujuran, keikhlasan dan pengorbanan untuk orang yang dicintai. Itulah tanggapan Raisya selama ini terhadap cinta Jaspal. Namun, dia hampa bila lelaki itu memilih gadis lain sebagai isteri.

Bukan Raisya seorang yang kecewa. Fariz juga turut terluka bila Shereen, gadis pujaannya menjadi milik lelaki lain. Yang anehnya… mereka hadir menyaksikan perkahwinan bekas kekasih masing-masing dalam majlis yang sama. Satu kebetulan yang kemudiannya mendorongkan dua hati yang derita ini menjadi akrab.

Tetapi Raisya sering menjauh kerana takut dikecewakan lagi. Fariz pula tak jemu memujuk, kononnya cinta sejati akan datang sekali lagi. Di saat Raisya menyerahkan hatinya kepada Fariz, pecah rahsia, rupanya lelaki itu mendekatinya untuk memiliki Shereen semula. Dan Raisya pula akan mendapat Jaspal kembali. Inikah namanya perngorbanan cinta?

Namun, bagi Fariz, Shereen cuma kenangan silamnya. Dia sudah terpaut pada Raisya sejak pertemuan pertama mereka. Tapi dapatkah dia meyakinkan Raisya bahawa cinta mereka ada penghujungnya?


* * * * *


Sejak kecil, dia sedar dia bukan gadis yang boleh menjemput cinta pandang pertama. Dia dalam kalangan tak kenal maka tak cinta. Begitulah pertemuannya dengan Jaspal. Bertemu, berkawan lalu jatuh sayang. Dia hamparkan seluruh perasaan dan percaya kepada Jaspal.

Dan ianya diranap sekelip waktu! Pengakuan Jaspal, dua minggu sebelum tarikh perkahwinan lelaki itu dengan Shereen menjatuhkan perasaan, melumpuhkan percaya. Hati dipaksa jadi imun kepada apa sahaja yang bernama cinta.

Namun tiba-tiba, Fariz Daniel, seorang lelaki yang terlalu kacak di matanya dan serba sempurna, mendekati diri. Dia berlari, Fariz mengejar. Sudahnya dia jadi penat, lalu dia mengiring kaki bersama Fariz selaku teman. Dia mula selesa, dia rasa senang. Sampaikan dia jadi sedar, bukan diri sahaja yang didekati Fariz, namun juga hati.

Dia, Nur Raisya, mula tangkap hilangnya imun hati pada yang bernama cinta. Kehadiran Fariz mendekatkannya kepada perasaan itu semula. Belum sempat dia berkompromi dengan hati, sekali lagi tamparan diterima.

Fariz mendekatinya dengan maksud tersembunyi! Dan, bolehkah Raisya menerima maksud itu sesudah yang bernama hati sudah mengakui sayang untuk Fariz? Mampukah Fariz membuktikan bahawa cinta dan percaya Raisya takkan disia-sia?




No comments:

Post a Comment